Thursday, January 4, 2018

Sarapan Paling Mudah.

HADI'S Nutri Meal.
Sarapan paling mudah.
.
.
ANDA;
+ Kelam kabut menyediakan sarapan.
+ Terpaksa memilih makanan paling sesuai kerana gastrik.
+ Ada Kolesterol tinggi.
+ Ada masalah pembuangan air besar.
+ Travel.

5 perkara diatas saja sudah cukup memeningkan kepala di awal pagi.
Dengan sepeket minuman berkhasiat HADI'S Nutri Meal. Sudah banyak menjimatkan masa, mengenyangkan, berkhasiat dan menyelerakan.

Koyak sachet. Tuang dalam secawan air panas. Kacau dan minum.
.
.
"ALHAMDULILLAH." itu sahaja ungkapan yang keluar dari mulut emak saya.
Kalau dulu, nak bangun punyalah seksa !
Selain dari Asthma, emak saya juga ada sakit Gout, ditambah dengan kolesterol yang tinggi. Kandungan asid uriknya juga tinggi.
ALHAMDULILLAH. Sejak mengamalkan minuman HADI'S Nutri Meal, beliau sudah boleh berjalan tanpa mengerang kesakitan.
Apa lagi yang kita mahu lihat atas muka bumi ini, selain dari SENYUMAN BAHAGIA seorang ibu ?
.
.
Minuman bijirin HADI'S Nutri Meal amat sesuai untuk diambil oleh mereka yang hendak berpuasa. Bukan sahaja mengenyangkan, tetapi ianya membekalkan tenaga disamping menjadi sumber pelawas untuk mereka yang menghadapi masalah usus.
Sekotak RM48.
(Kos Pos Laju - RM8)
Rebutlah Tawaran Promosi:
2 kotak: RM80
3 kotak: RM100
(Tidak termasuk kos pos).
# 1 Kotak mengandungi 20 sachet.
Boleh terus order dengan Abang Long:
.
.


Abang Long.
KITA KONGSI KEBAIKAN.

Testimoni Pengguna HADI'S Nutri Meal.




Saya mula menggunakan Hadi's Nutri Meal pada bulan Ogos 2011.  Selepas makan Hadi's Nutri Meal, saya rasa lebih bertenaga dan tidak lapar walaupun ketika berpuasa dan menyusukan anak yang berusia 4 bulan.

Saya kurang dapat penyakit seperti demam, batuk dan selesema. Masalah sembelit dan rasa tidak selesa di perut dan pinggang juga telah hilang. 

Berat badan saya telah turun sebanyak 5 kg.

Sebelum mengamalkan Hadi's Nutri Meal,  anak saya sering mengalami demam yang berlarutan dan cirit birit.  Selepas minum susu ibu yang mengamalkan Hadi's Nutri Meal,  masalah demam dan cirit birit anak semakin berkurangan.

Saya beri anak makan Hadi's Nutri Meal seawal usia 6 bulan,  di samping susu ibu. 

Saya dapati anak saya semakin sihat, cergas dan cerdas serta jarang demam.  Jika demam sekali pun dia kelihatan cergas dan ceria.

Suami saya mempunyai berat badan 90 kg.  Setelah mengamalkan Hadi's Nutri Meal selama 5 bulan,  brat badannya turun sebanyak 5 kg.  Sekarang suami saya lebih bertenaga dan lebih selesa melakukan senaman.

Kami sekeluarga amat berpuas hati mengamalkan Hadi's Nutri Meal yang sangat produktif dan sesuai untuk seisi keluarga.

Puan Sakinah Che Embi.  32 tahun.
Klang,  Selangor.









Harga Pasaran:  RM48 sekotak.

Pembelian 1 kotak:  RM40
Pembelian 2 kotak:  RM35 sekotak X 2
Pembelian 3 kotak:  RM100

Sekotak mengandungi 20 sachet.

Ambil sewaktu perut kosong.  Sebelum sarapan.

InsyaAllah.


Boleh terus order dengan Abang Long:


# Tawaran Sah sehingga 31hb Januari 2018.




Sunday, December 31, 2017

HADI'S Nutrimeal.

Posting pertama tentang minuman bijirin HADI'S Nutrimeal

HADI'S Nutri Meal adalah makanan yang berkhasiat, diperbuat 100% daripada ramuan semula jadi. Ia diproses menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan kualiti dan menghasilkan minuman yang konsisten dan bermutu tinggi.

Kaya dengan vitamin, zat galian dan serat bagi memenuhi keperluan khasiat harian anda. Diformulasikan dari sumber halal, ramuan yang rendah lemak dan kalori. Membantu menurunkan berat badan dan menjadikan kulit lebih sihat. 

Minuman Hadi’s Nutri Meal mampu memberi tenaga sepanjang hari. Ianya sesuai untuk seisi keluarga.

Bijirin, Kacang soya hitam, Ekstrak barli, Bijan, Kersik jagung, Kacang merah, Beras kasar, Biji bunga teratai, Kacang soya dan Kacang hijau adalah bahan-bahan semulajadi yang terdapat dalam Hadi’s Nutri Meal.

KEBAIKAN HADI’S NUTRI MEAL:

1. Sesuai diambil oleh semua peringkat umur
2. Memperbetulkan sistem imunisasi badan
3. Menyingkirkan toksin yang terkumpul dalam badan seperti lendir dan lain-lain (simptom awal seperti pening,berpeluh dan kerap pergi ke tandas mungkin hadir seawal hari 1 sehingga hari ke-5)
4. Meneutralkan asid dalam badan dan membantu mengatasi masalah gastrik
5. Meningkatkan pertumbuhan
6. Melancarkan proses penghadaman terutamanya untuk golongan warga tua
7. Peningkatan pemakanan bagi mereka yang kurang makan daging dan kekurangan protein
8. Meningkatkan metabolisma badan
9. Mengekalkan berat badan dan tenaga kepada tubuh anda sepanjang hari
10. Mencegah penyakit kronik (membantu untuk menstabilkan tekanan darah tinggi, kencing manis, ulser dan sembelit)
11. Membantu mengurangkan pigmentasi dan menyihatkan kulit.

Sekotak hanya RM48.  


Tuesday, April 13, 2010

Kuatkan langkah !


Setelah berbulan - bulan lamanya, atau rasanya sudah hampir 6 bulan aku tidak bersuara dan meluahkan perasaan disini. Tiba - tiba aku terasa rindu yang teramat sangat untuk merakamkan kata - kata diruangan ini.


Semuanya berpunca dari nasihat seorang rakan. Supaya apa sahaja yang berlaku dirakamkan untuk menjadi satu bahan renungan, samada oleh diri sendiri mahupun oleh orang ramai.


Ya. Setelah hampir 3 tahun aku menderita. Aku terasa seperti hilang segala - galanya yang aku usahakan selama ini. Kini, aku mendapat satu cahaya baru untuk memulakan kembali sesuatu yang telah tiada.


Beberapa hari yang lalu. Aku mendapat panggilan dari seorang saudara aku dari Singapura. Bertanyakan samada hendak mempelajari cara - cara untuk membuat pelbagai makanan yang terkenal di Singapura.


Aku katakan aku memang berminat. Minat sangat - sangat. Kemudian aku terdiam tanpa berkata sepatah pun. Namun, saudara aku itu dengan pantas menyatakan bahawa beliau tahu tentang keadaan aku. Dan, katanya tidak perlu bimbang. Dia akan uruskan segalanya. Alhamdulillah.


Kini, aku hanya mahu berfikir bagaimana untuk melakukan langkah seterusnya.

Tuesday, August 11, 2009

Lurus atau berliku ?


Sekarang bukan zaman bermenung ...


Itulah lirik lagu yang dinyanyikan semula oleh Raja Pop Jamal Abdillah.


Tidak ada masa untuk bermenung. Tetapi aku akan tetap memerlukan masa untuk merancang dan merancang dan terus merancang.


Buka mudah untuk merancang dalam keadaan 'buta' dalam serba serbi. Tetapi, daripada aku mendiamkan diri, lebih baik aku terus merancang dan mempunyai wawasan jelas untuk hidup aku dan keluarga.


Aku hampir tertawa yang tidak dapat dibendung. Bila satu soalan mudah dilontarkan oleh isteri aku. Tetapi aku sendiri tergagap untuk menjawabnya.


"Kenapa Abang hendak tampal iklan berbayar didalam bangunan ? Bukankah banyak pokok ... tampal sahaja di pokok atau di dinding perhentian bas ... kita bukannya ada modal."


Aku hanya merenung tajam mata isteriku. Tetapi mulut aku terkunci. Apa yang dikatakan oleh isteri aku memang ada kebenarannya.


Emel sudah ... jejak bertapak di blog sudah ... bercakap dari mulut ke mulut pun sudah ... jadi apa lagi yang aku perlu lakukan untuk mengiklankan perkhidmatan atau bisnes aku ?


Hari ini, aku mencari kedai kereta yang boleh memasang peralatan untuk meletakkan tangga diatas kereta Kancil aku. Aku ingatkan senang, rupanya hampir seluruh kedai di Klang, Bandar Bukit Tinggi tidak menjualnya. Melainkan ada sebuah gerai tembaga yang boleh melakukannya tetapi dengan harga yang tidak masuk akal.


Aku harus berusaha lagi ... dan lagi ... dan lagi ...


Untuk ke puncak dunia, aku harus melalui jalan, atau laluan atau tangga yang berliku. Jangan pedulikan tentang masalah, tapi fikirkan tentang pengalaman yang bakal diraih sepanjang perjalanan.

Friday, August 7, 2009

Cahaya Baru. Harapan Baru.


Aku merasa sungguh terharu. Bukan kepalang. Terasa seperti rezeki 'turun' dari langit.


Seorang HAMBA ALLAH, telah memasukkan sejumlah wang, kerana Allah, untuk membantu aku membina semula kehidupan yang hampir musnah.


Sungguh aku terasa bagikan bermimpi. Setelah 16 bulan kehidupan aku tidak seperti manusia yang lain. Dan aku cuba untuk bangkit semula. Dan aku terus merayu, merintih kehadrat Allah, akhirnya, dengan kehendakNya juga, aku terasa seperti seseorang telah 'diutuskan' untuk membantu aku, yang serba - serbi kekurangan.


Tidak menunggu lama, sebaik mengambil wang dari mesin, aku terus menghala ke sebuah kedai menjual barangan pertukangan.


TANGGA. Itulah bahan pertama dan paling utama yang aku perlukan dalam usaha untuk memulakan kembali survival aku dalam bisnes ini.


Sebaik TANGGA itu aku bawa balik. Anak - anak aku keriangan. Seolah - olah TANGGA itu bakal membawa keluarga keluar dari himpitan hidup.


YA. Dan INSYAALLAH. TANGGA itulah yang akan menjadi faktor perubahan dalam bisnes aku. Setelah aku memulakan bisnes ini, antara yang menjadi penghalang utama untuk menerima tawaran ialah kekurangan alatan dalam bisnes.


Sekarang bukan lagi masa untuk aku berehat. Sekarang adalah waktu dimana aku perlu berjuang bermati - matian. Setelah lebih dari 100 kali aku berusaha dan menghadiri sessi temuduga, dan tetap gagal, dan setelah usaha aku untuk berniaga tidak menampakkan sebarang usaha kearah kejayaan. Kini, aku perlu bersedia dan terus melawan, anasir - anasir yang boleh menggugat kehidupan aku.


Aku bukan sahaja perlu bersaing dengan peniaga lain. Dan ini merupakan persaingan yang sihat. Aku juga perlu melawan 'anasir jahat' yang berada dalam diri aku. Yang telah berusaha untuk menakluki diri aku selama ini.


Bak kata seorang pemimpin hebat di negara kita "LAWAN TETAP LAWAN!"

Tuesday, August 4, 2009

Kasih Saudara


Semakin banyak yang aku pelajari dari sehari ke sehari. Terlalu banyak.


InsyaAllah, satu ketika nanti, aku akan senaraikan nama - nama insan yang telah membantu aku membina semula kehidupan aku selama ini.


Mereka - mereka inilah yang membantu tanpa mengharapkan balasan. Membantu sedaya upaya. Membantu tanpa bertanya apa yang mereka akan perolehi dimasa hadapan.


Sememangnya mereka - mereka inilah yang begitu dekat dihati aku. Aku terasa begitu sayu dan terlalu gembira. Masih ada lagi manusia yang berhati mulia seperti mereka.


Wahai anak - anakku. Bukan semua saudara mara terdekat akan membantu dan menghulurkan bantuan. Tetapi mereka yang bukan sedarah daging dengan kita yang akan berusaha dengan segala kudrat yang mereka ada untuk membantu Abah diwaktu kita dalam kesusahan.


Oleh itu wahai anak - anakku. Sentiasalah berbuat baik dengan sesiapa sahaja. Ingatlah pesanan orang tua - tua "Bersaudara sewaktu berada."


Kuatkanlah hatimu dan kukuhkanlah semangatmu wahai anak - anakku. Abah menulis berdasarkan pengalaman yang begitu perit dan menyeksakan sekarang.