Wednesday, April 1, 2009

LANGKAH SUMBANG


Aku terus buat. Belum berjaya. Aku tukar kaedah. Belum berjaya. Aku tukar rentak. Belum berjaya.


Hingga satu ketika. Anak aku berkata "Abah, mat dah tak larat nak minum dah."


"Tak sedap ke?" Aku bertanya. Si anak menjawab "bukan tak sedap, tapi dah kenyang, banyak sangat minum."


"Hahahaha ......" Aku dan isteri terus ketawa. Mengenangkan anak - anak aku akhirnya tewas dalam percubaan untuk mendapatkan rasa terbaik bagi minuman jus yang kami sedang usahakan.


Sudah 3 hari berturut - turut kami berusaha. Sudah bergelen air dan segala macam bahan mentah yang digunakan. Yang penting, kami mahukan hasil yang terbaik dan rasa yang paling sedap.


Langkah pertama ialah mendapatkan keputusan atau hasil produk terlebih dahulu. Kemudian langkah seterusnya ialah untuk mendapatkan ketetapan harga yang paling baik dan munasabah.


Langkah seterusnya ialah untuk mencari tapak. Dan seterusnya ialah mengatur kembali kehidupan yang terganggu selama satu tahun. Dan seterusnya ...


Bak kata seorang Pengasas AMWAY - "Jika anda boleh berlari, kenapa anda harus berjalan?"

7 comments:

  1. moga berjaya


    berkenanlar benda dlm gambar tu ...

    mahal tak?

    ReplyDelete
  2. semoga dilimpahi kesabaran dan dimurahkan rezeki olehNya...

    ReplyDelete
  3. Saya ni ...dah lama berhasrat nak memasarkan sambal goreng ikan bilis saya...tapi tak tau camaner...heheheh...

    Sian anak tu...sampai naik kembong...hehehe...

    Semoga berjaya...

    ReplyDelete
  4. abglong, setiap usaha mesti ada sedikit aral di permulaannya.

    insyaallah, ada sinar disebalik usaha gigih kelak.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.